:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Thursday, November 13, 2008

Keputusan UPSR 2008

Keputusan UPSR 2008 telah menyaksikan seramai 14 orang murid berjaya mendapat 5A dan sejumlah 18 orang murid mendapat 4A. Walaupun jumlah mereka yang mendapat 5A dan 4A adalah sedikit berbanding dengan tahun 2007 , peningkatan peratusan kelulusan bagi semua matapelajaran adalah sangat baik.Upacara penyampaian keputusan dilakukan di Dewan Musytari disaksikan oleh semua murid tahun 6 , murid tahun 5 Bumi , Guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa murid. Ucapan perangsang serta tahnah disempurnakan oleh Pn. Guru Besar dan YDP PIBG sekolah.Selain slip keputusan UPSR , Sijil UPSR sekolah , Fail Peribadi serta sejadah diberikan kepada semua murid.Tahniah pada yang berjaya dan bagi mereka yang menadapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan putus asa. Teruskan tekad untuk pergi lebih jauh.

Pelajar yang memperolehi 5A

R3L-R :Pn Zuraidah,Pn Syamsina,Cik Hermiyah,Cik Masni,Pn Syarifah,Pn Noor Azizah (GuruBesar),Pn Maznah,Pn Rajini,Pn Hidayah,Pn Norzila
R2L-R:Khairina,Hidayah,Aina,Atiqah,Shafiqah,Syuhada,Hidayah,
Fieza,Erna
R1L-R: Izat Aiman,Arif,Syazwan,Izzul,Qayyum

Pelajar yang memperolehi 4A
R3L-R :Pn Zuraidah,Pn Syamsina,Cik Hermiyah,Cik Masni,Pn Syarifah,Pn Noor Azizah (GuruBesar),Pn Maznah,Pn Rajini,Pn Hidyah,Pn Norzila
R2L-R:Asmidar,Amani,Jehan,Dini,Amirah,Syafiqah,Hafizah,Shahidah,
Nasrina,Aisyah,Afiqah
R1L-R:Fazri,Amirul,Sharul,Munir

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Saturday, November 8, 2008

Majlis Makan Malam 'Titisan Budi Terukir Abadi'

>

Majlis Makan Malam Tahun 6 'Titisan Budi Terukir Abadi' telah diadakan di perkarangan sekolah dengan meriahnya. Majlis Makan Malam ini . Majlis Makan Malam Tahun 6 yang julung kali diadakan ini adalah unik memandangkan segala persiapan serta pengendalian adalah dikendalikan oleh pelajar tahun 6 yang di bantu oleh 3 guru iaitu Cikgu Zuraidah , Cikgu Norzila dan Cikgu Hermiyah.
Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Hajjah Nor Aziza Bt. Sabaruddin Guru Besar SK Bayan Lepas. Majlis makan malam diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan pelajar tahun 6 seperti dikir barat , koir , pidato dan tarian tradisional.
Acara kemuncak pada malam itu adalah pemilihan "King of the Night" dan "Queen of the Night". Muhammad Syazwan Humaidi B. Husri dan Nurul Nabilah Bt Abdul Rahman telah dinobatkan sebagai King dan Queen of the Nite pada malam itu.
Syabas kepada pelajar tahun 6 atas kejayaan mengendali majlis makan malam tersebut serta guru- guru yang membantu pelajar tahun 6 bagi menjayakan majlis makan malam tersebut .
Sila ke galeri untuk gambar yang menarik.

Friday, October 24, 2008

Lawatan Pelajar Tahun 6 ke Kuala Lumpur

Seramai 80 orang murid telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Ditemani oleh 8 orang guru sekolah, mereka meninggalkan perkarangan sekolah pada 6.30 petang untuk ke Stesyen Keretapi Butterworth. Mereka menaiki keretapi ke Kuala Lumpur serta mengadakan lawatan di sana selama sehari dan bertolak semula ke Pulau Pinang juga dengan menaiki keretapi malam. Ini adalah sebahagian dari usaha sama dari pihak KTM
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM