:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Saturday, November 7, 2009

Tip menghampakan pencuri talipon bimbit

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah.Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- * # 0 6 # tanpa ruang kosong.
Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.Sekiranya telefon bimbit anda hilang,anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan.
Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepadaorang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga.

sumber;http://jasasikin.blogspot.com/2009/11/tip-menghampakan-pencuri-hp.html#comment-form

Friday, November 6, 2009

Jamuan Makan Malam Kelab Guru & Staff

Jamuan makan malam anjuran Kelab Guru & Staff SKBL telah di adakan di Komplek Tabung Haji bermula jam 8.00 malam.Jamuan makan malam tersebut diselang seli dengan cabutab bertuah , multimedia dan anugerah 'Q'. Jamuan juga diserikan dengan ucapan bekas-bekas guru SKBL. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.Ucapan tahniah kepada AJK Kelab Guru & Staf SKBL.

Saturday, October 31, 2009

Permohonan dan Semakan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

Permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 bagi lepasan UPSR ke SBP KPM 2010 telah pun ditutup pada 16hb Oktober 2009.
Pihak sekolah telahpun memilih dan membuat permohonan untuk calon-calon pelajar yang menunjukkan prestasi yang menggalakkan serta berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR.
Ibu bapa pelajar dinasihatkan untuk mengambil perhatian dibawah sekiranya berminat untuk menempatkan anak mereka di sekolah berasrama penuh di seluruh negara.

1. Sebaik sahaja pelajar mendapat keputusan 5A di dalam UPSR , sila berhubung dengan pihak sekolah dengan
memberi maklumat seperti berikut
a. Nama Penuh Murid
b. Alamat surat menyurat
c. Nombor Peperiksaan Murid
d. Sekolah yang ingin di pohon.
* Sila ke laman kurikulum untuk mendapatkan senarai sekolah berasrama penuh atau layari http://www.scribd.com/doc/21976716/Senarai-Sekolah-Berasrama-Penuh

2. Anda juga boleh melayari Laman Web Kementerian Pelajaran untuk menyemak keputusan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh. Laman web KPM akan dibuka 2-3 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan. Kami akan memaparkan laman web itu nanti bila ianya dibuka.

3. Sekiranya nama murid tidak di senarikan pada ambilan pertama , anda BOLEH membuat rayuan terus melalui laman web kementerian dengan memilih butang rayuan dan menaip sekolah berasrama penuh yang anda ingin pohon. Anda juga di kehendaki untuk membuat surat permohonan ke Pengetua Sekolah yang anda pilih tadi. Sila lihat di bahagain surat perkeliling di atas.

4. Pihak sekolah juga akan membantu ibubapa untuk memohon dengan memberi butiran seperti di no 1 dan no 3

5. Ibu bapa juga dikehendaki untuk menulis terus ke sekolah berasrama penuh yang di ingini. Disini disertakan contoh surat permohonan. Sila lihat di bahagain surat perkeliling di atas.

a. Anda boleh menulis surat permohonan ke beberapa sekolah berasrama penuh yang anda berminat dan
b. Pastikan setiap surat permohonan disertakan dengan sijil-sijil yang di sahkan bagi menyokong permohonan ke sekolah berasrama penuh.

Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya.

Saturday, October 3, 2009

Hari Kokurikulum SKBL

Hari Kokurikulum SKBL berlangsung dengan meriah di perkarangan sekolah. Berbagai aktiviti serta acara menarik dijalankan sepanjang hari tersebut. Jualan makanan serta beberapa aktiviti seperti rumah hantu, menunggang kuda dan moto kecil telah mendapat sambutan yang hangat. Perkemahan oleh pasukan beruniform juga telah memberi pengalaman baru bagi pelajar SKBL.

Saturday, July 25, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

Majlis yang diadakan di Komplek Tabung Haji telah di rasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Musa , Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan upacara pemeriksaan perbarisan oleh Tn. Haji Abdul Rashid Bin Musa. Beberapa anugerah telah sampaikan di dalam majlis tersebut. Berikut adalah anugerah anugerah yang disampaikan.

ANUGERAH SANJUNG BUDI

Anugerah ini diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang tenaga serta usaha kepada pihak sekolah demi menaikkan nama SK Bayan Lepas.

En. Shajahan B Mohad Eusof
En. Abdullah Sani B Jaafar
En. Shahrul Nizam B Hj Shahidin

HADIAH BACAAN NILAM

Nur Asyiqin Bt Jamaluddin - 1B
Nur Allizya Bt Harizal - 2B
Ahmad Syafeeq B Ahmad Jamal - 3B
Muhammad Nabil B Japri - 4B
Nur Laila Atirah Bt Abdul Latif - 5B
Nur Irra Isma Bt Muhamad Jeffri - 6U


ANUGERAH PUNCAK TERBILANG 2009
Anugerah ini adalah berdasarkan kecemerlangan dibidang akademik serta penglibatan di dalam kokurikulum. Penerima tahun ini telah menunjukkan prestasi yang baik dibidang akademik serta kokurikulum.


Nasuha Syuhana Bt Asalleh -6B


Nasuha bersama ibubapa di atas pentas untuk penganugerahan Anugerah Puncak Terbilang 2009

Ibu Nasuha memakaikan selendang Anugerah Puncak Terbilang kepada anakanda tersayang Nasuha Syuhana Bt Asalleh



ANUGERAH PUNCAK TERBILANG BAGI TAHUN 5

Nurul Anis Amral - 5B


ANUGERAH PUNCAK TERBILANG TAHUN 4


Suhaida Nazira Bt Mohd Noor - 4 U


ANUGERAH CITRA

Anugerah diatas kecemerlangan dibidang sukan. Penerima anugerah tahun ini telah menunjukkan prestasi yang baik didalam sukan dengan menjuarai beberapa kejohanan di peringkant kebangsaan

Nur Hanis Bt Abdullah Sani - 6B



Sila ke galeri untuk gambar gambar menarik

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari

Gerhana paling panjang abad ke-21 ini bermula pagi tadi, menyebabkan sebahagian rantau Asia bergelap, terutama di India dan China.

Pencerap amatur dan sainstis mengambil kesempatan merakam fenomena gerhana yang dianggap bersejarah.

Selain menggunakan peralatan pencerap, mereka turut menyewa khas kapal terbang semata-mata untuk menyaksikan fenomena yang kebanyakan penduduk menganggapnya sebagai ganjil.

Kon bayangan gerhana atau 'umbra' mula muncul di Gujarat, barat India jam 6.30 pagi waktu tempatan (0100 GMT).

Ia kemudian bergerak merentasi benua India ke bandar suci masyarakat Hindu, Varanasi dan ke tebing Sungai Ganges sebelum ke selatan Semenanjung Bangladesh, Bhutan di Nepal hinggalah ke tanah besar China.

Bagaimanapun, awan monsun di India dan cuaca buruk di China mengecewakan berjuta mereka yang menyaksikan fenomena gerhana ini.

Di Mumbai, ratusan penduduk berkumpul di Planetarium Nehru yang bersama peralatan pencerap serta memakai kaca mata hitam hampa apabila terpaksa berpayung dan memakai baju hujan. Ini kerana malam tadi hujan dilaporkan lebat sehingga awal pagi tadi ketika gerhana berkenaan.

Di Malaysia, gerhana matahari separa turut berlaku tetapi amat sukar dicerap dengan mata kasar. Ia berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam. Kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.

Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.


Kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya. Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan.


Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132.

Berita Harian / 22 , 23 Julai 2009

Friday, June 12, 2009

Tenis - Wakil SK Bayan Lepas di tempat kedua

Tahniah diucapkan kepada Nurhanis Bt Abdullah Sani dari 6 Marikh kerana berjaya mendapat naib johan kategori 12 tahun kebawah di Pertandingan Tenis MSSM yang berlangsung dari 3hb Jun hingga 6hb Jun 2009 di Kuching Sarawak.Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia itu.

Sunday, May 31, 2009

Perak buat SKBL di pertandingan taekwando


Syabas buat Wan Nurul Iman Iffah Bt Wan Ishak dari 3 Bumi kerana mengharumkan nama SKBL di Kejohanan Teakwando GTF Peringkat Negeri Pulau Pinang & Zon Utara Semenanjung Malaysia. Beliau telah mendapat pingat perak bagi kategori perempuan sekolah rendah ( green tip - blue tip ).
Kejohanan yang dianjurkan oleh Global Taekwando Federation ( GTF) & Majlis Belia dan Sukan telah diadakan pada 31hb Mei 2009 bertempat di Sek Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling , Butterworth.
Wan Nurul Iman Iffah juga sebelum ini menggondol pingat emas di 8th Annual LMTC Inter-Center Free Sparring Championship 2009 yang diadakan di LMTC Dojang, Komplek Masyarakat Penyayang pada 19hb April 2009.

Tuesday, May 12, 2009

SKBL di tempat ketiga pertandingan pidato.



Tahniah kepada Nur Anis Binti Amral dari 5 Bumi diatas kejayaan beliau mendapat tempat ketiga didalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Rendah. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK(A) Al- Irshad Pokok Sena.

Wednesday, May 6, 2009

Tahniah kepada Tunas Kadet Remaja Sekolah

Syabas kepada Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah kerana berjaya mendapat tempat ketiga didalam pertandingan kawad kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di Stadium Batu Kawan.

Saturday, March 7, 2009

Mesyaurat Agung PIBG ke 44

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 telah diadakan di kantin sekolah pada jam 845pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Ir Mansor Bin Musa, Pengerusi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Pada majlis ini juga , laman web sekolah telah dilancarkan. Pemilihan AJK PIBG berjalan dengan baik dan sempurna walaupun terdapat pemilihan jawatan Naib Yang DiPertua PIBG , AJK PING (Ibubapa) dan AJK PIBG (Guru-guru). Jawatan Yang DiPertua PIBG masih disandang oleh En Nasarudin , Setiausaha dan Bendahari PIBG masih kekal di sandang oleh Setiausaha dan Bendahari PIBG 2008/2009. (Sila ke laman PIBG untuk senarai penuh PIBG 2009/2010 )
Pemilihan kali ini menyaksikan muka-muka baru dan lama di dalam organisasi PIBG 2009/2010. Diharap gabungan muka baru dan lama yang akan diterajui oleh YDP PIBG En. Nasarudin serta Penasihat Pn Hajah Nooraziza Bt/ Sabarudin akan dapat memberi kelainan serta menyambung hubungan baik PIBG dan pihak sekolah untuk menjayakan program sekolah demi anak-anak murid SKBL.
Syabas pada yang berjaya dan teruskan usaha murni anda semua.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Saturday, February 28, 2009

Sukan Tahunan Sekolah

Sukan tahunan sekolah telah selamat di jalankan dengan penuh meriah di padang Sekolah Mutiara Perdana. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Ibni Hajar, Pengurus Besar Penang Port Sdn Bhd, Pulau Pinang.
Berbagai acara telah diadakan sepanjang sukan dijalankan. Berikut adalah keputusan penuh Sukan Tahunan SKBL 2009

Olahragawan : Mohd Anwar B. Hisham (6M / Rumah Merak )
Olahragawati : Nur Hanis Bt. Abdullah Sani (6M / Rumah Kenyalang )


Perbarisan Terbaik : Rumah Cenderawasih


Kedudukan Rumah:

Johan : Rumah Rajawali (504 mata)

Naib Johan : Rumah Cenderawasih (502 mata)

Ketiga : Rumah Kenyalang (483 mata)

Keempat : Rumah Merak (375 mata)

Sila ke galeri untuk gambar menarik

Friday, February 20, 2009

Tabung Gaza

Warga SKBL tidak ketinggalan didalam usaha membantu rakyat Palastin di Semenanjung Gaza yang dibelenggu peperangan oleh tentera Yahudi Israel. Tabung Gaza SKBL telah berjaya mengumpul sebanyak RM1688.00 untuk didermakan kepada rakyat Palastine.
Terima kasih dan tahniah diatas segala usaha dan bantuan yang dihulurkan.
Semoga bumi Palastine kembali aman.

Tuesday, February 3, 2009

Pasukan Bola Jaring sekolah Johan Daerah 2009

Pertandingan yang diadakan selama 2 hari bermula dari 2hb Feb telah diadakan di padang SK Balik Pulau.Pasukan SK Bayan Lepas telah berjaya menjadi johan peringkat daerah setelah menewaskan SK Teluk Kumbar dengan mata 6 -5 . Dengan kemenangan ini , SK Bayan Lepas merampas kembali kejuaraan bolajaring pada tahun ini. SK teluk Kumbar telah menjuarai pertandingan bolajaring ini pada tahun 2007 dan 2008. SK Bayan Lepas pula pernah menjuarai pertandingan bolajaring peringkat daerah selama 3 tahun berturut turut bermula dari tahun 2004 sehingga tahun 2006.
Laluan SK Bayan Lepas untuk menjuarai pertandingan bolajaring peringkat daerah tahun ini adalah seperti berikut:
Saringan:
Menang 3-4 kepada SK Sungai Nibong
Seri 6-6 dengan SK Sungai Rusa
Kalah 6-7 kepada SK Permatang Damar Laut
Menang 8-6 kepada SK Genting
Suku Akhir:
Menang 8-6 kepada Seri Permai
Separuh Akhir:
Menang 6-5 kepada SK Kongsi

Pertandingan bolajaring peringkat Zon akan diadakan pada 21hb Februari akan datang.

Tahniah kepada pasukan bolajaring sekolah.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Friday, January 30, 2009

Hari Cemerlang Waris Tahun 6

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Tabung Haji telah dirasmikan oleh Tn. Ir Abdul Aziz B. Jaafar , Pengurus Besar TNB Negeri Pulau Pinang. Majlis itu dimulakan dengan ikrar murid tahun 6 yang diketuai oleh Jazimin. Ikrar yang kuat berkumandang disaksikan oleh para ibu bapa dan guru yang hadir. Bagi meyemarakkan lagi semangat juang murid tahun 6 dan ibu bapa, pihak sekolah juga menjemput Ustaz Ibrahim B. Yusof, Pegawai LPPKN Pulau Pinang untuk memberi Ceramah Motivasi Keibubapaan. Tip-tip menjawab matapelajaran UPSR telah disampaikan oleh guru matapelajaran melalui taklimat format kertas UPSR. Majlis disudahi dengan sesi Mesra Waris dan Guru bagi ibubapa mengetahui prestasi serta kelakuan murid di sekolah. Semoga majils ini dapat memberi satu impak kepada semua pihak untuk bersedia bagi peperiksaan yang akan datang pada bulan September nanti.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Saturday, January 24, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2008

Majils yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau telah diadakan di Dewan Seri, SMK Balik Pulau. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Hj Hilmi Bin Yahaya Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau merangkap ADUN Telok Bahang. Bekas pelajar tahun 6 /2008 yang mendapat 5A dan 4 A adalah antara mereka yang diraikan dalam majlis tersebut. Mereka telah dihadiahkan sijil kecemerlangan , cenderahati dan wang saguhati. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan semoga mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR nanti. Insya-Allah...Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Friday, January 23, 2009

Program Memasak Bubur Asyura

Aktiviti yang dijalankan setiap tahun ini telah diadakan pada 23hb Jan 2009. Program Memasak Bubur Asyura bermula dari jam 8.00 pagi. Program ini disertai oleh semua guru dan juga penglibatan PIBG. Program memasak ini diadakan di Perkarangan Anjung Ilmu , SK Bayan Lepas. Bubur Asyura itu di agihkan kepada murid-murid , guru-guru dan ahli PIBG yang hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Friday, January 2, 2009

Majlis Orientasi Murid Tahun 1

Majlis yang bermula pada pukul 8.30pagi itu menampakkan penglibatan yang komitted oleh pihak ibubapa melihat pada jumlah kedatangan ibubapa pada pagi itu.
Taklimat oleh pihak sekolah akan dapat membantu ibubapa mengenai peraturan serta aktiviti sekolah. Majlis juga dihadiri oleh YDP PIBG sekolah , Penolong Kanan 1- Pn Sarifah Nor Azian Bt. Sy Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum baru En. Abdul Razak B. Salleh, Penolong Kanan HEM yang baru dilantik Pn Zuraidah Bt. Ibrahim, Penyelia Petang Pn Rosni Bt. Ismail serta guru guru sekolah .
Murid tahun 1 nampaknya bersemangat untuk memulakan persekolahan mereka di SK Bayan Lepas. Pendedahan mereka di sekolah tadika telah membantu mereka menyesuaikan diri pada hari pertama di sekolah.
Ujian penilaian telah diadakan pada hari tersebut bagi menentukan kelas tahun 1.
Pada murid tahun 1 , selamat datang ke SK Bayan Lepas
Sila ke galeri untuk gambar yang menarik
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM