:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Friday, January 30, 2009

Hari Cemerlang Waris Tahun 6

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Tabung Haji telah dirasmikan oleh Tn. Ir Abdul Aziz B. Jaafar , Pengurus Besar TNB Negeri Pulau Pinang. Majlis itu dimulakan dengan ikrar murid tahun 6 yang diketuai oleh Jazimin. Ikrar yang kuat berkumandang disaksikan oleh para ibu bapa dan guru yang hadir. Bagi meyemarakkan lagi semangat juang murid tahun 6 dan ibu bapa, pihak sekolah juga menjemput Ustaz Ibrahim B. Yusof, Pegawai LPPKN Pulau Pinang untuk memberi Ceramah Motivasi Keibubapaan. Tip-tip menjawab matapelajaran UPSR telah disampaikan oleh guru matapelajaran melalui taklimat format kertas UPSR. Majlis disudahi dengan sesi Mesra Waris dan Guru bagi ibubapa mengetahui prestasi serta kelakuan murid di sekolah. Semoga majils ini dapat memberi satu impak kepada semua pihak untuk bersedia bagi peperiksaan yang akan datang pada bulan September nanti.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Saturday, January 24, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2008

Majils yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau telah diadakan di Dewan Seri, SMK Balik Pulau. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Hj Hilmi Bin Yahaya Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau merangkap ADUN Telok Bahang. Bekas pelajar tahun 6 /2008 yang mendapat 5A dan 4 A adalah antara mereka yang diraikan dalam majlis tersebut. Mereka telah dihadiahkan sijil kecemerlangan , cenderahati dan wang saguhati. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan semoga mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR nanti. Insya-Allah...Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Friday, January 23, 2009

Program Memasak Bubur Asyura

Aktiviti yang dijalankan setiap tahun ini telah diadakan pada 23hb Jan 2009. Program Memasak Bubur Asyura bermula dari jam 8.00 pagi. Program ini disertai oleh semua guru dan juga penglibatan PIBG. Program memasak ini diadakan di Perkarangan Anjung Ilmu , SK Bayan Lepas. Bubur Asyura itu di agihkan kepada murid-murid , guru-guru dan ahli PIBG yang hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sila ke galeri untuk gambar yang menarik

Friday, January 2, 2009

Majlis Orientasi Murid Tahun 1

Majlis yang bermula pada pukul 8.30pagi itu menampakkan penglibatan yang komitted oleh pihak ibubapa melihat pada jumlah kedatangan ibubapa pada pagi itu.
Taklimat oleh pihak sekolah akan dapat membantu ibubapa mengenai peraturan serta aktiviti sekolah. Majlis juga dihadiri oleh YDP PIBG sekolah , Penolong Kanan 1- Pn Sarifah Nor Azian Bt. Sy Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum baru En. Abdul Razak B. Salleh, Penolong Kanan HEM yang baru dilantik Pn Zuraidah Bt. Ibrahim, Penyelia Petang Pn Rosni Bt. Ismail serta guru guru sekolah .
Murid tahun 1 nampaknya bersemangat untuk memulakan persekolahan mereka di SK Bayan Lepas. Pendedahan mereka di sekolah tadika telah membantu mereka menyesuaikan diri pada hari pertama di sekolah.
Ujian penilaian telah diadakan pada hari tersebut bagi menentukan kelas tahun 1.
Pada murid tahun 1 , selamat datang ke SK Bayan Lepas
Sila ke galeri untuk gambar yang menarik
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM