:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Sunday, February 26, 2012

Pelancaran NILAM 2012

Pada hari Isni bersamaan 20 Februari telah diadakan Pelancaran NILAM peringkat sekolah. Pelancaran NILAM dilakukan oleh Guru Besar SK Bayan Lepas SK Bayan Lepas. NILAM yang bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca dilaksanakan untuk menggalakkan semua muris menjadikan membaca sebagai tabiat. Setiap bulan akan diadakan cabutan bertuah untuk setiap pelajar yang membaca melebi 200 buah buku. Hadiah Terkumpul bagi murid yang paling banyak membaca ialah sebuah Basikal.














Guru Besar menyempurnakan Pelancaran NILAM 2012















Murid yang mendapat Cenderahati bagu Bacaan NILAM bulan Januari

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SKBL 2012/1433H

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul telah disambut dengan meriahnya di SK Bayan Lepas pada 11 Februari 2012. Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKBL. Program ini bertujuan untuk mengingati dan mengagungkan tarikh kelahiran Rasullullah SAW . Sekaligus mengangkat Rasullullah sebagai "Role Model" murid SKBL dan murid dapatmencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan iaitu dimulai dengan Perarakan dan Selawat warga SKBL bersama sepanduk bermula di Padang dan berakhir di Dewan Suria.
Aktiviti lain adalah Tayangan Slaid dan Kuiz, Pertandingan Nasyid serta Pertandingan Membuat Sepanduk .



Saturday, February 4, 2012

Tahniah kepada Murid UPSR 2011

Tahniah dan diucapkan Selamat Maju Jaya kepada murid-murid SK Bayan Lepas sesi 2011yang berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Berikut adalah senarai murid yang berjaya :
SBP






1. Nur Arina Izyan bt Rasdan (SBP Kepala Batas)
2. Nurul Iman bt Ahmad Sohaimi (SBP Kepala Batas)
3. Muhammad Adlifuddin b. Zanizam (SBP SM Sains Tun Syed Sheh Syahabudin, B.Mertajam)


MRSM





1. Sharifah Nur Aishah bt Syed Idris (MRSM Langkawi)
2. Nur Atifah bt jamalludin (MRSM Balik Pulau)
3. Raihana Damia bt Ruszaidi (MRSM Nibong Tebal)
4. Nur Nazihah bt mat pozian ( MRSM Nibong Tebal)
5. Nur Afifi Imani bt mat Hashim (MRSM Langkawi)
6. Najwa bt Jazmi (MRSM Balik Pulau)
7. Siti Nur sajudah bt Jafri (MRSM Balik Pulau)
8. Amirul Hafiz b. norhan (MRSM Langkawi)
9. nabil Fikri bin Mat Sabani (MRSM Kulim)






Saturday, January 28, 2012

Semakan ke MRSM 2012

Sila semak keputusan ke tingkatan 1 ke MRSM 2012 di pautan berikut :
http://spmrsm.mara.gov.my/semakan
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM