:: INFOMASI TERKINI ::
:: INTERESTING DAY IN MAY
Sunday, February 26, 2012
Pelancaran NILAM 2012
Guru Besar menyempurnakan Pelancaran NILAM 2012
Murid yang mendapat Cenderahati bagu Bacaan NILAM bulan Januari
Saturday, February 11, 2012
Sambutan Maulidur Rasul SKBL 2012/1433H
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan iaitu dimulai dengan Perarakan dan Selawat warga SKBL bersama sepanduk bermula di Padang dan berakhir di Dewan Suria.
Aktiviti lain adalah Tayangan Slaid dan Kuiz, Pertandingan Nasyid serta Pertandingan Membuat Sepanduk .
Saturday, February 4, 2012
Tahniah kepada Murid UPSR 2011
Berikut adalah senarai murid yang berjaya :
SBP
1. Nur Arina Izyan bt Rasdan (SBP Kepala Batas)
2. Nurul Iman bt Ahmad Sohaimi (SBP Kepala Batas)
3. Muhammad Adlifuddin b. Zanizam (SBP SM Sains Tun Syed Sheh Syahabudin, B.Mertajam)
MRSM
1. Sharifah Nur Aishah bt Syed Idris (MRSM Langkawi)
2. Nur Atifah bt jamalludin (MRSM Balik Pulau)
3. Raihana Damia bt Ruszaidi (MRSM Nibong Tebal)
4. Nur Nazihah bt mat pozian ( MRSM Nibong Tebal)
5. Nur Afifi Imani bt mat Hashim (MRSM Langkawi)
6. Najwa bt Jazmi (MRSM Balik Pulau)
7. Siti Nur sajudah bt Jafri (MRSM Balik Pulau)
8. Amirul Hafiz b. norhan (MRSM Langkawi)
9. nabil Fikri bin Mat Sabani (MRSM Kulim)
TEMA HARI GURU 2013
TEMA HARI GURU 2013 :
1ASPIRASI, 1AGENDA
on Monday, April 1, 2013
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM