:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Saturday, January 12, 2013

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN


Tajuk Umum                         :           Program Motivasi Keibubapaan
Tajuk Khusus                       :           Bersama Murid & Waris Tahun 6
Matlamat                                :          
Mewujudkan kerjasama yang erat antara waris dan guru bagi kecemerlangan murid khusus dalam menghadapi UPSR 2013
Objektif                                  :          
a.                   Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak.
b.                  Berkongsi tip-tip yang berkesan untuk mendidik anak-anak di rumah agar mereka cemerlang dalam akademik.
c.                   Membimbing ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya yang  tidak sihat.
d.                  Memberi kesedaran kepada diri pelajar pentingnya membuat persediaan awal.
e.                   Meningkatkan prestasi pelajaran dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013.

BUTIR-BUTIR PELAKSANAAN
Tarikh                                     :           12 Januari 2013
Hari                                        :           Sabtu
Masa                                      :           8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat                                   :           Dewan Suria, SK Bayan Lepas
Anjuran                                   :           Unit Kecemerlangan Akademik dan UBK
Sasaran                                           Semua waris dan murid Tahun 6
Kehadiran                               :           250 orang

Catatan                                  :
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fidauddin b Shahbudin. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar, Puan Jamaliah bt Mat. Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dan menerangkan program-program sekolah khusus untuk murid tahun 6. Antaranya Kelas Tambahan, Teknik Menjawab UPSR, Program cergas minda dan Pecutan UPSR. Beliau juga mengharapkan agar semua waris sentiasa pantau aktiviti-aktiviti anak-anak di rumah dan pastikan mereka tidak ponteng dalam setiap program sekolah terutama kelas tambahan. Dalam ucapan YDP PIBG, En Fazail b Md Akhir, beliau kagum dengan kehadiran waris yang ramai dan berjanji untuk mencari dana untuk program-program Tahun 6. Dalam sesi ceramah oleh Pn Norzila bt Md Dali dalam tajuk ceramahnya ` Keluarga Bahagia Anak Berjaya `, beliau mengharapkan agar semua ibu bapa dapat mendidik anak-anak dengan penuh  kasih sayang dan melihat kelemahan anak-anak dari sudut positif. Beliau juga meminta semua murid yang hadir untuk bersama-sama melakukan ikrar dengan azam dan janji untuk cemerlang. Program diakhiri dengan sesi bicara hati ke hati  antara waris dan guru tahun 6.

Monday, January 7, 2013

Pelancaran PROGRAM 4S


LAPORAN PROGRAM/PROJEK/AKTIVITI

Tajuk Umum                        :           Program 4S ( Senyap, Senyum, Sapa, Salam )
Tajuk Khusus                       :           Majlis Pelancaran Program 4S
Matlamat                              :          
Program Pembudayaan 4S diharapkan agar dapat  memantapkan lagi kualiti disiplin dan sahsiah pelajar, mengukuhkan pembudayaan adab serta pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah.

Objektif                                 :          
a.                 Melahirkan murid yang berdisiplin, berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
b.                 Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
c.                  Mengurangkan kes salah laku disiplin murid.
d.                 Membentuk sikap jati diri, berfikiran positif terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan sekolah.
e.                  Mengamalkan budaya 4S kepada semua guru, tetamu dan rakan. 
 
 







 




KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM