:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Monday, February 25, 2013

MINGGU KANTIN BERHEMAH


Minggu Kantin Berhemah 2013 SK Bayan Lepas di bawah anjuran Unit Kantin dan Hal Ehwal Murid telah dilaksanakan secara rasminya bermula dari 25 Februari 2013 . Pelbagai aktiviti yang menarik telah diatur untuk mendidik murid supaya sentiasa berdisplin, menjaga adab semasa di kantin, memastikan kebersihan serta mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah :

1.   Pertandingan Membina Piramid Makanan
2.   Pertandingan Makanan Berkhasiat
  • Teka silang kata
  • Kuiz kesihatan
  • Melukis poster
  • Pertandingan menulis Esei - " Makanan Segera , Kesannya Terhadap Kesihatan"

Pendidikan mengenai kantin berhemah  memberikan info makanan secara sihat .  Kesedaran mengenai kepentingan pengambilan mengambil makanan yang seimbangpenting bagi memastikan pertumbuhan yamh seimbang dan menjamin kesihatan tubuh badan. Selain itu murid juga dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, beratur semasa membeli makanan, membawa saputangan, membaca doa dan membuang sampah dengan baik.

Informasi di setiap sudut kantin

Kata-kata hikmah dipamerkam sebagai motivasi

Susun atur tempat makan yang menarik

Wednesday, February 6, 2013

Teknik Menjawab UPSR 2013





Program Teknik Menjawab UPSR ini telah dijalankan secara jayanya pada 6 Feb 2013 bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula dingsungkan pada 6-7 Februari 2013. Tujuan teknik ini dijalankan untuk memberi panduan yang berguna kepada murid semasa peperiksaan dan meningkatkan keberkesanan murid dalam menjawab soalan mengikut skema pemarkahan yang sebenarnya. Kumpulan sasaran untuk program ini adalah Kelas tahun 6 yang dijalankan secara 2 sesi iaitu Kumpilan yang pertama terdiri daripada 6 Bumi dan 6 Marikh dan kumpulan kedua ialah 6 Neptun dan Utarid.


Program Teknik menjawab bagi matapelajaran Matematik dan Sains akan dilaksanakan pada 13 dan 14 Februari 2013

Saturday, February 2, 2013

Kem KEPIMPINAN PENGAWAS & KETUA KELAS


Program ini di adakan bagi membantu pengawas dan ketua kelas yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan tekun dan berdisiplin. Disiplin diri seseorang pengawas dan ketua kelas  amat penting kerana mereka adalah contoh ikutan kepada murid-murid yang lain. Kursus ini bertujuan melatih mereka mengetahui tanggungjawab dan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan.

OBJEKTIF

a.                   Meningkatkan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada diri setiap peseta.
b.                  Melatih mereka supaya tahu tugas serta tanggungjawab sebagai pemimpin.
c.                   Mendidik mereka agar sentiasa tenang dan sabar ketika menjalankan tugas.
d.                  Sentiasa menghormati guru walau di mana mereka berada.

KUMPULAN SASARAN

Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas

TARIKH PELAKSANAAN

Sabtu        (  2 Februari 2013 )

TEMPAT

Surau dan Dewan, SK Bayan Lepas


KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM