
Syabas buat Wan Nurul Iman Iffah Bt Wan Ishak dari 3 Bumi kerana mengharumkan nama SKBL di Kejohanan Teakwando GTF Peringkat Negeri Pulau Pinang & Zon Utara Semenanjung Malaysia. Beliau telah mendapat pingat perak bagi kategori perempuan sekolah rendah ( green tip - blue tip ).
Kejohanan yang dianjurkan oleh Global Taekwando Federation ( GTF) & Majlis Belia dan Sukan telah diadakan pada 31hb Mei 2009 bertempat di Sek Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling , Butterworth.
Wan Nurul Iman Iffah juga sebelum ini menggondol pingat emas di 8th Annual LMTC Inter-Center Free Sparring Championship 2009 yang diadakan di LMTC Dojang, Komplek Masyarakat Penyayang pada 19hb April 2009.

Tahniah kepada Nur Anis Binti Amral dari 5 Bumi diatas kejayaan beliau mendapat tempat ketiga didalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Rendah. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK(A) Al- Irshad Pokok Sena.
Syabas kepada Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah kerana berjaya mendapat tempat ketiga didalam pertandingan kawad kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di Stadium Batu Kawan.
TEMA HARI GURU 2013
on Monday, April 1, 2013
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM