>

Majlis Makan Malam Tahun 6 'Titisan Budi Terukir Abadi' telah diadakan di perkarangan sekolah dengan meriahnya. Majlis Makan Malam ini . Majlis Makan Malam Tahun 6 yang julung kali diadakan ini adalah unik memandangkan segala persiapan serta pengendalian adalah dikendalikan oleh pelajar tahun 6 yang di bantu oleh 3 guru iaitu Cikgu Zuraidah , Cikgu Norzila dan Cikgu Hermiyah.

Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Hajjah Nor Aziza Bt. Sabaruddin Guru Besar SK Bayan Lepas. Majlis makan malam diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan pelajar tahun 6 seperti dikir barat , koir , pidato dan tarian tradisional.

Acara kemuncak pada malam itu adalah pemilihan "King of the Night" dan "Queen of the Night". Muhammad Syazwan Humaidi B. Husri dan Nurul Nabilah Bt Abdul Rahman telah dinobatkan sebagai King dan Queen of the Nite pada malam itu.

Syabas kepada pelajar tahun 6 atas kejayaan mengendali majlis makan malam tersebut serta guru- guru yang membantu pelajar tahun 6 bagi menjayakan majlis makan malam tersebut .
Sila ke galeri untuk gambar yang menarik.
TEMA HARI GURU 2013
on Monday, April 1, 2013
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM