Pihak sekolah telahpun memilih dan membuat permohonan untuk calon-calon pelajar yang menunjukkan prestasi yang menggalakkan serta berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR.
Ibu bapa pelajar dinasihatkan untuk mengambil perhatian dibawah sekiranya berminat untuk menempatkan anak mereka di sekolah berasrama penuh di seluruh negara.
1. Sebaik sahaja pelajar mendapat keputusan 5A di dalam UPSR , sila berhubung dengan pihak sekolah dengan
memberi maklumat seperti berikut
a. Nama Penuh Murid
b. Alamat surat menyurat
c. Nombor Peperiksaan Murid
d. Sekolah yang ingin di pohon.
2. Anda juga boleh melayari Laman Web Kementerian Pelajaran untuk menyemak keputusan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh. Laman web KPM akan dibuka 2-3 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan. Kami akan memaparkan laman web itu nanti bila ianya dibuka.
3. Sekiranya nama murid tidak di senarikan pada ambilan pertama , anda BOLEH membuat rayuan terus melalui laman web kementerian dengan memilih butang rayuan dan menaip sekolah berasrama penuh yang anda ingin pohon. Anda juga di kehendaki untuk membuat surat permohonan ke Pengetua Sekolah yang anda pilih tadi. Sila lihat di bahagain surat perkeliling di atas.
4. Pihak sekolah juga akan membantu ibubapa untuk memohon dengan memberi butiran seperti di no 1 dan no 3
5. Ibu bapa juga dikehendaki untuk menulis terus ke sekolah berasrama penuh yang di ingini. Disini disertakan contoh surat permohonan. Sila lihat di bahagain surat perkeliling di atas.
a. Anda boleh menulis surat permohonan ke beberapa sekolah berasrama penuh yang anda berminat dan
b. Pastikan setiap surat permohonan disertakan dengan sijil-sijil yang di sahkan bagi menyokong permohonan ke sekolah berasrama penuh.
Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya.