:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Monday, February 25, 2013

MINGGU KANTIN BERHEMAH


Minggu Kantin Berhemah 2013 SK Bayan Lepas di bawah anjuran Unit Kantin dan Hal Ehwal Murid telah dilaksanakan secara rasminya bermula dari 25 Februari 2013 . Pelbagai aktiviti yang menarik telah diatur untuk mendidik murid supaya sentiasa berdisplin, menjaga adab semasa di kantin, memastikan kebersihan serta mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah :

1.   Pertandingan Membina Piramid Makanan
2.   Pertandingan Makanan Berkhasiat
  • Teka silang kata
  • Kuiz kesihatan
  • Melukis poster
  • Pertandingan menulis Esei - " Makanan Segera , Kesannya Terhadap Kesihatan"

Pendidikan mengenai kantin berhemah  memberikan info makanan secara sihat .  Kesedaran mengenai kepentingan pengambilan mengambil makanan yang seimbangpenting bagi memastikan pertumbuhan yamh seimbang dan menjamin kesihatan tubuh badan. Selain itu murid juga dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, beratur semasa membeli makanan, membawa saputangan, membaca doa dan membuang sampah dengan baik.

Informasi di setiap sudut kantin

Kata-kata hikmah dipamerkam sebagai motivasi

Susun atur tempat makan yang menarik
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM