:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Monday, January 7, 2013

Pelancaran PROGRAM 4S


LAPORAN PROGRAM/PROJEK/AKTIVITI

Tajuk Umum                        :           Program 4S ( Senyap, Senyum, Sapa, Salam )
Tajuk Khusus                       :           Majlis Pelancaran Program 4S
Matlamat                              :          
Program Pembudayaan 4S diharapkan agar dapat  memantapkan lagi kualiti disiplin dan sahsiah pelajar, mengukuhkan pembudayaan adab serta pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah.

Objektif                                 :          
a.                 Melahirkan murid yang berdisiplin, berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
b.                 Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
c.                  Mengurangkan kes salah laku disiplin murid.
d.                 Membentuk sikap jati diri, berfikiran positif terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan sekolah.
e.                  Mengamalkan budaya 4S kepada semua guru, tetamu dan rakan. 
 
 







 




KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM