:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari

Gerhana paling panjang abad ke-21 ini bermula pagi tadi, menyebabkan sebahagian rantau Asia bergelap, terutama di India dan China.

Pencerap amatur dan sainstis mengambil kesempatan merakam fenomena gerhana yang dianggap bersejarah.

Selain menggunakan peralatan pencerap, mereka turut menyewa khas kapal terbang semata-mata untuk menyaksikan fenomena yang kebanyakan penduduk menganggapnya sebagai ganjil.

Kon bayangan gerhana atau 'umbra' mula muncul di Gujarat, barat India jam 6.30 pagi waktu tempatan (0100 GMT).

Ia kemudian bergerak merentasi benua India ke bandar suci masyarakat Hindu, Varanasi dan ke tebing Sungai Ganges sebelum ke selatan Semenanjung Bangladesh, Bhutan di Nepal hinggalah ke tanah besar China.

Bagaimanapun, awan monsun di India dan cuaca buruk di China mengecewakan berjuta mereka yang menyaksikan fenomena gerhana ini.

Di Mumbai, ratusan penduduk berkumpul di Planetarium Nehru yang bersama peralatan pencerap serta memakai kaca mata hitam hampa apabila terpaksa berpayung dan memakai baju hujan. Ini kerana malam tadi hujan dilaporkan lebat sehingga awal pagi tadi ketika gerhana berkenaan.

Di Malaysia, gerhana matahari separa turut berlaku tetapi amat sukar dicerap dengan mata kasar. Ia berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam. Kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.

Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.


Kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya. Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan.


Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132.

Berita Harian / 22 , 23 Julai 2009

KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM