:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Wednesday, April 24, 2013

PROGRAM BUMI HIJAU



PROGRAM BUMI HIJAU DI SK BAYAN LEPAS

Bagi menyahut seruan Kerajaan dan memanfaatkan tanah-tanah yang kosong, pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Program telah memulakan langkah untuk menjayakan Program Bumi Hijau di kawasan sekitar sekolah.

Dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta PIBG, pihak sekolah telah mengenalpasti beberapa kawasan atau tanah yang sesuai untuk dijalankan Program Bumi Hijau ini.

Pada 24 April 2013, satu majlis yang dinamakan “Program Bumi Hijau Warga SK Bayan Lepas” bersama Puan Jamaliah bt Mat, Guru Besar SK Bayan Lepas telah diadakan dengan jayanya. Seramai 300 orang murid serta guru telah hadir ke majlis ini.

Puan Jamaliah bt Mat telah menanam anak-anak pokok cili di batas semaian dan seterusnya menanam pokok pinang sebagai tanda kenangan. Beliau juga dibawa melawat tanaman dan pokok sayuran seperti kacang bendi, cili, terung dan sebagainya yang telah ditanam oleh murid-murid serta guru.

Selain dari aktiviti bercucuk tanam, sesi ceramah juga akan diadakan bersama Bahagian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang iaitu pada 8 Mei 2013, jam 2.00 hingga 3.00 petang.
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM