:: INFOMASI TERKINI ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA SK BAYAN LEPAS YANG BERAGAMA ISLAM.SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA HARI RAYA BERMULA 15 JULAI 2015 HINGGA 22 JULAI 2015.SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 23 JULAI 2015

:: INTERESTING DAY IN MAY

KEM AULAD BESTARI UNTUK MURID TAHUN 6 PADA 22 - 24 MEI 2015.

Friday, April 12, 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE, KPM 2013


PROGRAM MENTOR MENTEE, KPM 2013

Majlis Pelantikan Mentor       :           12 April 2013
Aktiviti Sesi 1                        :           15 April 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Mentor Mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee ) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
ü  Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara metor dan mentee.
ü  Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
ü  Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

MEMBANGUN SAHSIAH DIRI MURID MELALUI BUDAYA AMALAN PENYAYANG
KERATAN AKHBAR

TEMA HARI GURU 2013

TEMA HARI GURU 2013 :

1ASPIRASI, 1AGENDA

on Monday, April 1, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM